Pembentukan Undang-undang kontrak Inggeris

Seseorang Inggeris dan seseorang Perancis berjebat tangan memeterai perjanjian.

Pada hakikatnya, satu kontrak adalah satu perjanjian yang diiktiraf undang-undang sebagai mewujudkan obligasi-obligasi yang boleh dikuatkuasakan.[2] Berlainan dengan tort dan pengayaan tidak adil, kontrak lazimnya dilihat sebagai sebahagian undang-undang obligasi yang melibatkan janji-janji sukarela, dan selaras dengan itu meletakkan keutamaan tinggi pada anggapan bahawa hanya perjanjian yang mana orang perseorangan telah memberikan keizinan sebenar mereka akan dikuatkuasakan mahkamah. Meskipun tidak selalu jelas apabila pihak-pihak menyetujui sesuatu, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan melihat tindak-tanduk seseorang yang secara ketaranya mahu mengikat dirinya kepada janjinya, dan kemudian menguatkuasakan janjinya terhadap orang berkenaan.[3] Tetapi tidak semua persetujuan, meskipun jelas isi kandungannya, dianggap boleh dikuatkuasakan. Terdapatnya tanggapan yang boleh dibalas bahawa orang keseorangan tidak secara amnya mahukan penguatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan-persetujuan yang dibuat secara sosial. Prinsip amnya adalah bahawa kontrak tidak perlu mengikut format khusus, seperti secara tulisan, melainkan apabila statut menghendakinya dalam keadaan transaksi besar-besaran seperti jual beli hartanah.[4] Sebagai tambahan dan sebagai pembezaan terhadap sistem-sistem undang-undang sivil, undang-undang common law Inggeris menghendaki semua pihak membawa sesuatu yang bernilai atau "balasan" dalam rundingan. Syarat lama ini mempunyai beberapa pengecualian, terutamanya apabila pihak terlibat ingin meminda persetujuan mereka, melalui duluan mengikat dan doktrin ekuiti janji estopel. Tambahan pula reformasi yang dibawa statut dalam bentuk Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 membenarkan pihak ketiga menguatkuasakan manfaat suatu perjanjian yang tidak semestinya dibayar mereka apabila pihak-pihak asal perjanjian tersebut membenarkan mereka berbuat demikian.

Persetujuan

Pendekatan mahakamah-mahkamah Inggeris adalah bahawa suatu persetujuan wujud apabila suatu tawaran disambungkan kepada penerimaan terma-terma tawaran itu. Sama ada satu tawaran telah dibuat, ataupun bahawa ia telah diterima, adalah satu isu yang ditentukan mahkamah dengan bertanyakan apakah yang dapat disimpulkan oleh pemerhatian seseorang yang wajar. Tawaran dibezakan daripada "jemputan menawar (atau invitatio ad offerendum, jemputan untuk menawar)" yang tidak boleh hanya diterima pihak yang satu lagi. Secara tradisinya, undang-undang Inggeris memandang pameran barangan-barangan dalam sebuah kedai, meskipun yang tiada disebut harganya, sebagai jemputan menawar,[5] maka apabila seseorang pelanggan mengambil barangan tersebut ke kaunter, dialah yang menawar untuk membeli barangan tersebut, dan penjual itu berhak menolak pembelian tersebut. Secara serupanya, dan sebagai piawaian am, satu iklan,[6] jemputan membuat tawaran di lelongan yang mempunyai harga simpanan,[7] atau jemputan mengemukakan tender tidak dikira sebagai penawaran. Tetapi seseorang yang menjemput tender mempunyai tanggungjawab mempertimbangkan tender sekiranya tender-tender tersebut dihantar sebelum tarikh akhir, maka pembida (meskipun tiada kontrak) boleh menyaman untuk ganti rugi sekiranya bidaannya tidak dipertimbangkan.[8] Seseorang pelelong yang mengiklankan lelongan tanpa harga simpanan mempunyai kewajipan menerima bidaan tertinggi.[9] Suatu mesin otomatik adalah dikira sebagai sesuatu yang mampu membuat tawaran,[10] dan sebuah mahkamah boleh menafsir suatu iklan, atau sesuatu yang dipamerkan seperti kerusi, sebagai tawaran serius sekiranya pelanggan boleh menganggap bahawa ia boleh menerima terma-termanya dengan menjalankan sesuatu.[11] Statut-statut lazimnya menggariskan hukuman bagi perniagaan-perniagaan yang membuat iklan salah nyataan, atau tidak menjual produk pada harga yang dilabelkan di dalam kedai-kedai mereka,[12] atau secara menyalahi undang-undangnya mendiskriminisasikan pelanggan-pelanggan kerana bangsa, agama, jantina, ketidakupayaan atau kepercayaan mereka.[13]

"Bacalah iklan ini sebagaimana dikehendaki, dan putar belitkanlah ia sebagaimana dikehendaki," kata Lindley LJ berkenaan iklan Smoke Ball, "hakikatnya inilah tawaran nyata yang dikemukakan dalam bahasa yang terang lagi bersuluh".

Apabila suatu tawaran dibuat, secara amnya penerima hendaklah memberitahu penerimaannya supaya terdapatnya perjanjian yang mengikat.[14] Pemberitahuan penerimaan mestilah mencapai tahap dimana penawar secara munasabahnya boleh mengetahui, meskipun ia bersalah misalannya dalam tidak memastikan mesin faksnya berfungsi dengan baik untuk membolehkan mesej disampaikan secara tepatnya, penawar tersebut masih terikat.[15] Inilah hakikatnya untuk semua jenis perhubungan, sama ada secara lisan, melalui telefon, teleks, faks atau emel,[16] kecuali pos. Penerimaan melalui surat berkuatkuasa apabila surat berkenaan diletakkan dalam peti surat. Peraturan pos adalah produk sejarah,[17] dan tidak wujud dalam kebanyakan negara.[18] Ia hanya wujud dalam undang-undang Inggeris selagi ia wajar dalam penggunaan pos sebagai alat membalas (sebagai contoh, tidak sebagai respons kepada suatu emel), dan pengoperasiannya tidak mewujudkan kesulitan dan kemustahilan (sebagai contoh, surat berkenaan hilang).[19] Dalam kesemua situasi ia mungkin untuk pihak-pihak yang berunding menetapkan cara penerimaan.[20] Ia tidak mungkin untuk seseorang penawar meletakkan tanggungjawab kepada penerima untuk menolak suatu tawaran tanpa persetujuannya.[21] Tetapi ia jelas bahawa orang perseorangan boleh menerima tanpa bersuara, pertamanya, dengan mendemonstrasikan melalui kelakuan mereka bahawa mereka menerima tawaran tersebut. Dalam kes Brogden lwn Syarikat Kereta Api Metropolitan,[22] walaupun Syarikat Kerata Api Metropolitan tidak pernah menjawab surat daripada Encik Brogden merasmikan pengaturan pembekalan jangka lama untuk arang batunya, mereka berlaku selama dua tahun seakan ia telahpun dipersetujui secara bersama, dan Encik Brogdan kemudiannya didapati terikat dengannya. Keduanya, penawar mungkin mengenepikan keperluan untuk memberitahu penerimaan, secara langsung atau tidak langsung, seperti dalam kes Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Company.[23] Di sini syarikat perubatan olok-olok mengiklankan “smoke ball”nya, dengan pernyataan bahawa sekiranya seseorang pelanggan mendapati bahawa penggunaannya tidak berkesan merawati selsema selepas penggunaan tiga kali sehari selepas dua minggu, ia beroleh £100. Apabila mendapati bahawa iklan berkenaan cukup serious untuk menjadi tawaran dan bukan pembohongan atau jemputan menawar, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pihak penerima hanya perlu menggunakan smokeball itu mengikut preskripsi untuk mendapat £100 itu.Meskipun peraturan am menghendaki pemberitahuan penerimaan, iklan berkenaan secara tidak langsung mengenepikan keperluan tersebut untuk Puan Carlill atau sesiapa pun yang lain, untuk melaporkan penerimaannya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lainnya, seperti apabila suatu tawaran dikemukakan untuk maklumat am, satu-satunya kehendak mahkamah-mahkamah Inggeris adalan bahawa adanya pengetahuan mengenai tawaran berkenaan.[24] Apabila seseorang membuat tawaral unilateral seperti itu, mereka bertanggungjawab tidak membatalkannya apabila yang lainnya bertindak menurut tawaran berkenaan..[25] Sekiranya tidak, suatu tawaran sentiasa boleh dibatalkan sebelum ia diterima. Peraturan amnya adalah bahawa pembatalan hendaklah diberitahu, meskipun melalui pos,[26] tetapi apabila penerima mendengar pembatalan daripada pihak ketiga pun, ia sebaik-baik pembatalan daripada penawar itu sendiri.[27] Suatu tawaran juga boleh dibatalkan oleh penerima melalui tindakannya membuat tawaran balas, berbanding pertanyaan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.[28] Maka dalam kes Hyde lwn Wrench,[29] apabila Wrench menawarkan jualan ladangnya pada harga £1000, dan Hyde menawarkan harga pembelian pada £950 dan Wrench menolak, Hyde tidak boleh menukar fikiran dan menerima tawaran harga pembelian £1000 yang asal.

Kapal Valkyrie II yang ditenggelami kapal The Satanita terpaksa dibayar disebabkan kontrak tersirat antara pelumba-pelumba.

Sementara model tawaran berbalas penerimaan menjadi kepada hampir kesemua perjanjian, ia tidaklah selalu boleh dirujuk. Dalam kes The Satanita[30] peraturan-peraturan perlumbaan kapal layar memperuntukkan bahawa kesemua peserta harus bertanggungjawab melampaui apa yang ditetapkan dalam statut, untuk membayar sebarang kerosakan yang timbul. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat kontrak untuk membayar dari peraturan-peraturan perlumbaan antara pemilik The Satanita dan pemilik Valkyrie II yang ditenggelaminya walaupun tiada tawaran dan penerimaan rasmi antara pihak-pihak terlibat.[31] Dalam beberapa siri kes-kes, Lord Denning MR mencadangkan bahawa undang-undang Inggeris harus mengenepikan keperluan berlandaskan tawaran dan penerimaan dan gantikannya dengan tafsiran yang lebih meluas seperti keperluan pihak-pihak hanya mempersetujui secara bersama bahagian-bahagian matan dalam kontrak. Dalam kes Butler Machine Tool Co Ltd lwn Ex-Cell-O Corp Ltd[32] ini bermaksud "perang bentuk" kedua-dua pihak disifatkan telah punyai persetujuan berkenaan terma-terma piawai pembeli, tidak termasuk klaus turun naik harga, walaupun hakim-hakim mahkamah lain mendapat kesimpulan yang sama dalam analisa yang biasa. Dalam kes Gibson lwn Manchester CC[33] dia akan mendapat kesimpulan yang berbeza dengan Dewan Pertuanan, dengan membenarkan Encik Gibson membeli rumahnya daripada majlis, walaupun surat dari majlis menyatakan bahawa ia "tidaklah boleh dianggap sebagai suatu tawaran dalam pengertiannya". Pendekatan ini membolehkan mahkamah bertindak melakukan yang tebaik tanpa terikat dengan peraturan yang terlalu restriktif.

Dalam beberapa situasi, mahkamah-mahkamah mengelak daripada menguatkuasakan kontrak-kontrak yang, mestipun terdapatnya tawaran dan penerimaan tawaran, tiada kandungan perjanjian. Dalam kes Hartog v Colin & Shields,[34] dimana seseorang penjual kulit arnab Argentina menyebut harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang dicakapkan dalam rundingan-rundingan terdahulu, pembeli tidak boleh menguatkuasakan perjanjian itu kerana sesiapa yang munasabah akan megetahui bahawa tawaran tersebut tidak serius tetapi hanyalah kesilapan semata-mata.[35] Tambahan pula, sekiranya dua pihak beranggapan bahawa mereka telah mecapai sepersetujuan, tetapi tawaran dan penerimaan masing-masing berpadukan dua perkara berbeza, mahkamah tidak akan menguatkuasakan kontrak itu. Dalam kes Raffles lwn Wichelhaus,[36] Raffles memikirkan bahawa dia sedang menjual kapas yang terletak di atas kapal The Peerless, dari Bombay yang akan tiba di Liverpool pada bulan December, tetapi Wichelhaus memikirkan bahawa dia sedang membeli kapas yang terletak di atas kapal The Peerless yang akan tiba pada bulan September. Mahkamah memutuskan bahawa tiadanya consensus ad idem atau pertemuan minda pada perkara yang sama. Apabila persetujuan gagal sepenuhnya, tetapi seseorang telah melakukan kerja atas permintaan seseorang lain disebabkan hendak beroleh untung, pihak tersebut boleh menuntut nilai kerja yang dilakukan, atau quantum meruit.[37] Pembaikpulihan seperti itu membenarkan tuntutan atas perbelanjaan penuntut, tetapi tidak termasuk jangkaan keuntungan, kerana tiadanya perjanjian yang hendak dikuatkuasakan.

Kepastian dan kebolehkuatkuasaan

Sementara persetujuan adalah teras kepada kesemua kontrak, tidak semua perjanjian boleh dikuatkuasakan. Soalan awal yang perlu ditanya adalah sama ada kontrak berkenaan adalah pasti dari segi terma-terma utamanya, atau essentialia negotii, sebagai contoh dalam maksud harga, perkara yang dipersetujui dan identiti pihak-pihak terlibat. Kebiasaannya mahkamah-mahkamah cuba untuk "menjadikan perjanjian itu", maka dalam kes Hillas & Co Ltd lwn Arcos Ltd,[38] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa pilihan untuk membeli kayu halus yang "berspesifikasi wajar" cukup pasti untuk dikuatkuasakan, apabila dibaca dalam konteks perjanjian-perjanjian lampau antara pihak-pihak terlibat. Tetapi mahkamah-mahkamah tidak ingin "mengadakan kontrak dimana tiada" maka dalam kes Scammell dan Nephew Ltd lwn Ouston,[39] satu klaus yang memperuntukkan harga pembelian didasarkan "terma-terma jual beli" diputuskan sebagai tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada piawaian dimana mahkamah dapat menentukan harga yang dicadangkan atau apakah harga yang wajar.[40] Serupa juga dalam kes Baird Textile Holdings Ltd lwn M&S plc[41] Mahkamah Rayuan mendapati bahawa harga dan kuantiti pembelian tidak dapat dipastikan kerana tiada terma yang boleh diimplikasikan untuk M&S memberikan notis yang wajar sebelum membatalkan perjanjian pembeliannya. Dewan Pertuanan juga melanjutkan idea ini dengan memutuskan bahawa perjanjian untuk merundingkan ke arah kontrak pada masa hadapan dengan niat baik tidak cukup kepastiannya untuk dikuatkuasakan.[42]

Jones lwn Padavatton[43] memutuskan bahawa seorang anak perumpuan yang mengaji undang-undang di Lincoln's Inn tidak boleh menyaman ibunya untuk menyediakan tempat tinggal.

Sementara banyak perjanjian dapat dipastikan, tidak boleh dikatakan dalam konteks sosial masyarakat bahawa kesemua orang mahukan kuatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan antara mereka. Dalam kes Balfour lwn Balfour[44] Lord Atkin memutuskan bahawa persetujuan Encik Balfour untuk memberikan nafkah £30 sebulan semasa bekerja di Ceylon tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa orang kebiasaan tidak lazimnya mahukan perjanjian-perjanjian berkenaan mempunyai akibat dari segi undang-undang. Secara serupanya, persetujuan antara rakan-rakan di tempat perjumpaan, atau antara ibu dan anak akan termasuk dalam situasi ini,[45] tetapi tidak sepasang kekasih yang mahu berpisah,[46] dan tidak rakan-rakan yang mengurus transaksi besar-besaran terutama apabila seseorang bergantung secara mudaratnya kepada jaminan seseorang lagi.[47] Tanggapan ketidakbolehkuatkuasaan ini sentiasa boleh dibalas dengan perjanjian ketara untuk membolehkan kuatkuasaan, sebagai contoh dengan menuliskan perjanjian itu. Secara kontranya, perjanjian-perjanjian antara perniagaan-perniagaan secara selalunya dan konklusifnya dianggap sebagai boleh dikuatkuasakan.[48] Akan tetapi perkataan-perkataan seperti "Persefahaman ini... tidak akan diletakkan dibawah bidang kuasa mahkamah undang-undang" akan dihormati.[49] Dalam satu situasi, statut menganggap bahawa perjanjian-perjanjian kolektif antara kesatuan sekerja dan majikan tidak ingin dihubungkan melalui undang-undang, kerana kononnya mahu menjauhkan terlalu banyak litigasi daripada undang-undang buruh United Kingdom.[50]

Bil pertukaran, contohnya cek, adalah satu arahan daripada seseorang kepada seseorang yang lain (lazimnya bank) untuk membayar sejumlah wang kepada satu pihak ketiga. Dibawah Akta Bil Pertukaran 1882 s 3 ia mesti bertulis dan ditandatangani.

Dalam sebilangan kes terhad, suatu perjanjian tidak akan dapat dikuatkuasakan melainkan ia mencapai ciri-ciri yang dikehendaki statut. Manakala kontrak-kontrak boleh dibuat tanpa formaliti, sesetengah transaksi difikirkan memerlukan bentuk disebabkan sama ada ia membuatkan seseorang berfikir sejenak sebelum menandatangani perjanjian, atau bahawa ia menjadi bukti yang jelas.[51] Ini lazimnya untuk transaksi-transaksi besar, seperti jualan tanah,[52] pajakan tanah melebihi tiga tahun,[53] perjanjian kredit pengguna,[54] dan bil pertukaran.[55] Satu kontrak untuk jaminan mestilah, pada satu peringkat, dibuktikan secara bertulis.[56] Pada akhirnya, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan bahawa suatu janji semata-mata, secara undang-undang kontraknya, tidak boleh diperundangkan. Sementara hibah yang diberikan akan memindahmilik hartanah secara tidak boleh batal, dan manakala seseorang sentiasa boleh mengikat diri mereka kepada suatu janji tanpa apa-apa balasan untuk sesuatu pada masa hadapan sekiranya mereka menandatangani surat ikatan yang disaksikan,[57] janji sekadar janji tanpa berbalas boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Kesimpulan ini dicapai melalui sesuatu doktrin yang dinamakan doktrin balasan.

Balasan dan estopel

Balasan adalah kehendak tambahan dalam undang-undang Inggeris sebelum suatu kontrak dapat dikuatkuasakan. Seseorang yang mahu menguatkuasakan perjanjiannya mesti menunjukkan bahawa mereka telah membawa sesuatu ke meja rundingan yang punyai "nilai disisi undang-undang", sama ada memberikan kenikmatan atas seseorang yang lain atau mendapat kesulitan disebabkan permintaan mereka.[58] Dalam amalan ini bermaksud tidaklah rasa berterimakasih atau kasih sayang semata-mata,[59] sesuatu yang telah dilakukan pada masa terdahulu, dan tidak termasuk menjanjikan perlaksanaan sesuatu sehingga diambilalih pihak ketiga.[60] Secara metaforiknya, balasan adalah "harga dimana janji dibeli".[61] Ia dipertikaikan kerana ia mewujudkan kesulitan yang mana sistem undang-undang lain yang tidak didasari undang-undang Inggeris tidak punyai.[62] Secara realitinya, doktrin balasan beroperasi dalam skop yang kecil, dan tidak lazim mendatangkan masalah dalam dunia perniagaan. Selepas reformasi di Amerika Syarikat,[63] terutama dalam Pernyataan Semula Kontrak-Kontrak §90 memberikan semua tawaran mengikat sekiranya tidak mendatangkan "ketidakadilan", satu laporan pada tahun 1937 oleh Jawatankuasa Penyemakan Undang-Undang, Statute of Frauds and the Doctrine of Consideration,[64] mencadangkan bahawa janji-janji bertulis, untuk balasan lampau, untuk pembayaran separa hutang, menjanjian perlakukan obligasi-obligasi sedua ada, menjanjikan untuk membiarkan tawaran berdiri, dan janji-janji yang dipegang seseorang mendatangkan mudarat kepadanya akan dibenarkan mengikat. Laporan ini tidak pernah dikuatkuasakan sebagai undang-undang, tetapi hampir semua syornya telah dimasukkan dalam undang-undang kes pada kemudiannya, mestipun adanya tentangan.

Kes lamat Stilk lwn Myrick[65] memutuskan bahawa pelayar-pelayar tidak boleh menguatkuasakan janji untuk kenaikan gaji apabila pulang dengan anak-anak kapal yang semakin berkurangan. Pada masa itu, tiada doktrin paksaan ekonomi, dan ketakutan akan dahagi semasa pelayaran.

Apabila kontrak dibentuk, balasan bernilai diperlukan, dan oleh sebab itu rasa berterimakasih semata-mata tidak mengikat. Tetapi sementara balasan mesti punyai nilai yang mencukupi disisi undang-undang, ia tidak perlu menepati harga yang mencukupi. Seseorang boleh menjual rumahnya untuk jagung berlada, meskipun pembeli "tidak suka lada dan akan membuang jagung."[66] Ini bermakna mahkamah-mahkamah tidak secara amnya masuk campur dalam perihal keadilan dalam penukaran.[67]Satu lagi kesukaran yang dihadapi adalah bahawa balasan untuk persetujuan dikatakan tidak wujud sekiranya apa yang diberikan adalah sesuatu yang dilakukan sebelum janji itu diberi, seperti janji untuk membayar hutang duit yang digunakan untuk mendidik anak perumpuan.[68] Dalam situasi ini mahkamah-mahkamah menunjukkan diri mereka mampu untuk memutuskan bahawa apa yang dibuat secara implisitnya bersandarkan jangkaan balasan.[69] Masalah-masalah lebih signifikan timbul apabila pihak-pihak kepada suatu kontrak mahu meminda terma-termanya. Peraturan lama yang menjangkakan kemajuan perlindungan-perlindungan undang-undang paksaan ekonomi, adalah bahawa sekiranya satu pihak hanya berjanji untuk melakukan sesuatu yang telah dilakukan pada masa dahulu bertukar harga yang lebih tinggi, tiadanya kontrak yang wujud.[70] Tetapi dalam kes ulung Williams lwn Roffey Bros & Nicholls (Contractors) Ltd,[71] Mahkamah Rayuan memutuskan akan lebih bersedia mendapati seseorang yang menjanjikan apa yang dijanjikannya terdahulu sebagai balasan sekiranya yang satu lagi mendapat "kebaikan praktikal".[72] Maka apabila Williams, seorang tukang kayu, dijanjikan Roffey Bros, pembina-pembila, lebih banyak wang untuk menyiapkan kerja dalam masa ditetapkan, ia diputuskan bahawa disebabkan Roffey Bros dapat mengelakkan daripada membayar klaus penalti disebabkan lambat menyiapkan kontraknya sendiri, dan berpeluang mengelakkan perbelanjaan litigasi dan mempunyai mekanisme pembayaran yang lebih berpatutan, ini kesemuanya mencukupi sebagai balasan. Bercakap mengenai balasan, Russell LJ menyatakan bahawa, "mahkamah-mahkamah kini lebih bersedia untuk mendapati terdapatnya balasan... apabila rundingan-rundingan yang dijalankan berada pada tahap sama dan apabila dapatan balasan itu memperlihatkan niat sebenar pihak-pihak terlibat." Dalam kata lain, dalam konteks variasi kontrak, definasi balasan diperkecilkan. Tetapi dalam satu situasi analisa "kebaikan praktikal" tidak boleh digunapakai untuk situasi di mana persetujuan adalah untuk mengurangkan beban hutang. Dalam kes Foakes lwn Beer,[73] Dewan Pertuanan mendapati bahawa sekalipun Puan Beer menjanjikan kepada Encik Foakes bahawa dia boleh membayar balik £2090 19s secara ansuran dan tanpa riba, dia boleh kemudiannya bertukar fikiran dan meminta pembayaran sekaligus. Walaupun Lord Blackburn menentang fikiran ini dalam kes berkenaan,[74] Mahkamah Rayuan memutuskan dalam kes Re Selectmove Ltd,[75] bahawa ia diikat duluan Pertuanan dan tidak boleh menggunakan analisa "kebaikan praktikal" dalam kes Williams untuk mana-mana kes pembayaran balik hutang.

Akan tetapi balasan adalah doktrin yang didapati dari common law dan boleh digantung di bawah prinsip-prinsip ekuiti. Secara sejarahnya, England punyai dua sistem mahkamah yang berlainan, dan Mahkamah-Mahkamah Canseri yang mendapat kuasanya daripada Raja melalui Lord Chancellor, diberi keutamaan mengatasi mahkamah-mahkamah common law dan inilah hakikatnya selepas kedua-dua sistem ini digabungkan pada tahun 1875.[76] Doktrin janji estopel memutuskan bahawa apabila seseorang memberikan jaminan kepada satu lagi, dan yang satu lagi bersandarkan kepadanya dan ia tidak bersamaan untuk tidak mengotakan janji itu, orang yang menjamin akan diestop daripada tidak mengotakan janjinya. Maka dalam kes Hughes lwn Metropolitan Railway Co[77] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa penyewa tidak boleh dipaksa keluar oleh tuan hartanah untuk kegagalannya untuk membaiki hartanah berkenaan seperti di dalam kontrak disebabkan tindakan tuan tanah itu memulakan rundingan untuk menjual hartanahnya itu secara tidak langsung menggantung tanggungjawabnya itu. Dan dalam kes Central London Properties Ltd lwn High Trees House Ltd[78] Denning J memutuskan bahawa seorang tuan tanah akan tiestop daripada menuntut sewa pada kadar biasa semasa Perang Dunia Kedua disebabkan dia telah menjamin bahawa sewa boleh dibayar pada kadar setengah sehingga perang selesai. Mahkamah Rayuan melangkah lebih jauh dalam kes Collier lwn P&M J Wright (Holdings) Ltd.[79] Arden LJ berhujah bahawa seorang rakan kongsi yang dijamin yang dia hanya perlu bertanggungjawab terhadap satu pertiga daripada hutang perkongsiannya berbanding bersesama dan berasingan bertanggungan untuk kesemua hutang tersebut, telah bergantung kepada jaminan tersebut dengan membuat pembayaran, dan ia tidak saksama untuk syarikat kewangan itu menuntut kesemua hutang darinya. Maka, janji estopel boleh mengelakkan peraturan common law kes Foakes. Akan tetapi janji estopel difikirkan tidak boleh menjadi kausa tindakan secara sendirinya, maka seseorang hanya boleh menggunakan janji estopel sebagai "perisai", tetapi tidak boleh membawa kausa tindakan estopel sebagai "pedang".[80] Di Australia, peraturan ini diketepikan dalam kes Walton Stores (Interstate) Ltd lwn Maher yang mana Encik Maher diajak yang dia akan beroleh kontrak untuk menjual tanahnya, dan mula meruntuhkan bangunannya sebelum Kedai Walton memberitahunya bahawa mereka tidak mahu terus dengan pembelian. Encik Maher kemudiannya mendapat ganti rugi yang lumayan (iaitu ganti rugi persandaran, tetapi seakan-akan ganti rugi jangkaan kontrak).[81] Namun, apabila jaminan melibatkan hak terhadap hartanah, sejenis lagi "hartanah estopel" membenarkan seseorang penuntut untuk memplidkan estopel sebagai kausa tindakan. Maka dalam kes Crabbe lwn Majlis Daerah Arun, Encik Crabbe dijamin bahawa beliau akan mendapat laluan akses kepada tanahnya oleh Majlis Daerah Arun, dan bersandarkan itu dia menjual separuh dari hartanahnya yang punyai satu-satunya laluan akses yang wujud. Majlis kemudiannya diestop daripada tidak melakukan apa yang dikatakannya akan dilakukan.[82] Memandangkan analisa undang-undang kompleks yang perlu dilalui untuk mendapatkan penyelesaian mudah, ia tidaklah ganjil bahawa sebilangan pengkomen[83] disamping Prinsip-Prinsip Undang-Undang Kontrak Eropah memanggil untuk doktrin balasan dihapuskan, dengan meninggalkan kehendak perjanjian dan niat mengadakan perhubungan undang-undang. Tindakan ini juga akan menghapuskan keperluan untuk doktrin priviti common law.

Priviti

Peraturan common law priviti dalam kontrak adalah subperaturan balasan kerana ia membataskan siapa yang boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap mereka yang membawa balasan kepada rundingan. Dalam kes awal, Tweddle lwn Atkinson, ia didapati bahawa seorang anak tidak memberikan apa-apa balasan untuk janji bapa tirinya kepada bapa kandungnya untuk membayar kepada anaknya £200 dan oleh sebab demikian dia tidak boleh menuntut wang itu.[84] Disebabkan prinsip bahawa kebolehan menguatkuasakan obligasi perlu mencerminkan sesiapa yang punyai kepentingan dalam perlakukannya, pada tahun 1996 Suruhanjaya Undang-Undang dinamakan Privity of Contract: Contracts for the Benefit of Third Parties mencadangkan bahawa sementara mahkamah-mahkamah dibiarkan memajukan common law, sesetengah lagi ketidakadilan yang lebih ketara harus dibuang.[85] Ini menjerus kepada Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999. Dibawah seksyen 1, pihak ketiga dibenarkan menguatkuasakan suatu perjanjian sekiranya ia seakan memberikan manfaat kepadanya, secara individu atau ahli sepasukan, dan tiada stipulasi bahawa pihak demikian tidak dibenarkan menguatkuasakannya.[86] Dalam hal ini terdapat beban yang kuat diatas pihak yang menuntut bahawa tuntutan tidak diniatkan oleh pihak ketiga.[87] Pihak ketiga mempunyai remedi yang sama seperti yang menjadi privi terhadap suatu perjanjian, dan boleh menguatkuasakan kedua-dua manfaat positif, atau batasan liabiliti, seperti dalam klaus pengecualian.[88] Hak pihak ketiga hanya boleh dimansuhkan atau ditarik balik tanpa persetujuan beliau sekiranya dapat dijangkakan bahawa beliau akan bersandarkan kepadanya.[89]

Dalam kes River Douglas Catchment Board[90] Denning LJ mengkritik peraturan priviti ini buat kali pertamanya sebelum pengenalan Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999.

Reformasi-reformasi yang dibawa Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 bermakna sebilangan kes-kes yang telah diputuskan perbeza penghakimannya pada hari ini. Dalam kes Beswick lwn Beswick[91] sementara Dewan Pertuanan memutuskan bahawa Puan Beswick boleh menguatkuasakan secara spesifik janji anak saudara lelakinya untuk membayar kepadanya £5 seminggu sebagai pentadbir wasiat, Akta ini juga membolehkannya menuntut sebagai pihak ketiga. Dalam kes Scruttons Ltd lwn Midland Silicones Ltd[92] ia mungkin bagi firma kuli pelabuhan untuk mendapatkan pelindungan klaus pembatasan dalam kontrak antara pembawa dan pemilik setong kimia yang rosak, tetapi tidak kerana pada masa ini, Akta ini belum diperkenalkan. Lord Denning menentang hakikat ini dengan hujahannya untuk menghapuskan peraturan ini, dan Lord Reid memberi pendapat bahawa sekiranya suatu bil muatan secara nyata memberikan perlindungan klaus pembatasan ini atas kuli-kuli berkenaan, maka kuli-kuli berkenaan memberi kuasa kepada pembawa untuk melakukan begitu, dan "kesulitan berkenaan balasan dibawa oleh kuli-kuli dapat diatasi" dan secara langsungnya kuli-kuli tersebut beroleh perlindungan tersebut. Malangnya, itu bukan situasinya. Dalam kes The Eurymedon,[93] pendapat Lord Reid dapat diaplikasikan apabila sesetengah kuli pelabuhan mahukan manfaat klaus pengecualian apabila menghentakkan dan merosakkan mesin gerudi, dengan balasan yang didapati bahawa kuli-kuli berkenaan sedang melakukan tanggungjawab kontrak mereka untuk pemilik mesin itu (iaitu pihak ketiga). Kini, dengan Akta berkenaan, tidak lagi diperlukan analisa-analisa teknikal seperti ini [94] disebabkan apa jua kontrak yang memberikan manfaat kepada pihak ketiga secara dasarnya boleh dikuatkuasakan pihak berkenaan.[95]

Disebabkan Akta berkenaan tidak memberi kesan kepada hak penerima untuk menguatkuasakan kontrak disisi common law,[96] isu yang masih belum disentuh adalah setakat mana seseorang penerima dibenarkan menuntuk ganti rugi bagi pihak ketiga, sekiranya dia sendiri tiada mengalami kerugian. Dalam kes Jackson lwn Horizon Holidays Ltd,[97] Lord Denning MR memutuskan bahawa seorang bapa boleh menuntut ganti rugi disebabkan kekecewaan (lebih daripada kerugian kewangan yang dialami) suatu pengalaman percutian yang tidak menyeronokkan bagi pihak keluarganya. Tetapi majoriti Dewan Pertuanan dalam kes Woodar Investment Development Ltd lwn Wimpey Construction UK Ltd[98] tidak menyetujui kebolehan meluas satu pihak terlibat menuntut ganti rugi bagi pihak ketiga, kecuali buat beberapa jenis kontrak pengguna. Terdapat ketidaksetujuan sama ada keadaan ini masih berkekalan kini.[99] Terdapat juga kesukaran dalam kes-kes yang melibatkan rumah-rumah yang punyai kerosakan, yang dijual kepada pembeli, yang kemudiannya menjual kepada pihak ketiga. Nampaknya pembeli pertama mahupun pihak ketiga dapat menuntut di bawah Akta ini, sebab mereka tidak lazimnya diidentifikasikan oleh kontrak pertama (atau diketahui) secara terdahulu.[100] Selain daripada situasi berkait tort ini, dalam amalan kebiasaan, doktrin priviti tidak diendahkan dalam beberapa situasi, seperti dalam undang-undang amanah dan agensi.

Agensi

Dalam kes Watteau lwn Fenwick,[101] Lord Coleridge CJ menduduki Queen's Bench bersehaluan dengan pendapat oleh Wills J bahawa seorang pihak ketiga boleh menyalahkan prinsipal yang tidak dikenalinya apabila dia menjual rokok kepada agen yang bertindak melampaui batasannya. Wills J memutuskan bahawa "prinsipal bertanggungjawab untuk semua perbuatan agennya yang dalam kuasa lingkungan yang diberikan kepada agen sebegitu, dengan tidak mengira batasan, antara prinsipal dan agennya, yang diletakkan terhadap kuasa itu." Keputusan ini dikritik dan diragui,[102] tetapi tidak dihapuskan sepenuhnya, di Britain. Ia kadangkala dirujuk sebagai "kuasa lazim" (tetapi bukan dalam maksud yang digunakan oleh Lord Denning MR dalam kes Hely-Hutchinson, yang mana ia sama dengan "kuasa sebenar yang diimplikasikan"). Ia diterangkan sebagai sejenis kuasa yang kenampakan jelas, atau "kuasa agensi yang sedia ada".

Rujukan

WikiPedia: Undang-undang kontrak Inggeris http://online.ceb.com/calcases/C2/69C2d33.htm http://www.law-bulletin.com/z/united_nations_conve... http://www.parliament.the-stationery-office.com/pa... http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smar... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/7.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1953/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1955/3.htm...